Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Jasnina


“Ayuh,Iqram!” Kata Adika. Iqram berlari meredah api tersebut tetapi dia cedera parah dan pengsan. Adika pergi mendapatkannya kembali.

                Jasnina berasa tertekan dengan kehilangan Iqram. Ketika dia berjalan di supermarket,dia telah rebah ke bumi dan pitam. Orang ramai membantunya. Seorang wanita cuba mengejutnya tetapi Jasnina tidak sedarkan diri. Wanita itu membawa Jasnina ke hospital.

                Azian dan Tunku masih di rumah Khatijah. Baju Azian yang dikoyak oleh Afiqah telah digantikan. Telefon bimbit Tunku berdering. “Hello.” Tunku menjawab panggilan. “Apa? baik.Saya faham.” Kata Tunku.
  “Ada apa ni Tunku?” Tanya Azian.
  “Jasnina tiba-tiba pitam di supermarket.Dia ada kat hospital sekarang.” Jawab Tunku.
  “Kau uruskan hal kat sini.Aku pergi tengok dia.” Kata Azian.
  “Ok.” Jawab Tunku.
Azian pergi ke hospital dengan menunggang motosikal Kawasaki Ninjanya. Azian memecut laju motosikalnya.Setiba di hospital,Azian terus melihat keadaan Jasnina. “Jas…” Azian menyapa.
  “Iqram..” Jasnina berkhayal yang Azian adalah Iqram.
  “Tak..ni..” Belum sempat Azian menghabiskan ayatnya, Jasnina terus memeluk Azian dan mengucup bibirnya. Azian cuba melawan,tetapi kucupan Jasnina yang menggoda membuat Azian melayan kucupan itu.Mereka berpeluk dengan erat sehingga buah dada mereke penyek berlaga antara satu sama lain. “Patutlah Iqram sayangkan Jasnina.” Fikir Azian. Jasnina terpegang buah dada Azian yang lembut. Ketika itulah dia sedar,yang dikucupnya bukanlah Iqram. Jasnina berhenti mengucup dengan mengejut. “Azian!! Saya minta maaf..saya….” Kata Jasnina.
  “Takpe..saya faham..Saya dah risau tadi,ingat Jas nak rogol saya.” Kata Azian sambil ketawa kecil. Jasnina juga turut ketawa kecil,tetapi mukanya merah kerana malu memikirkan apa yang telah dia lakukan.
  “Jas rehat la ye..” Kata Azian.
  “Azian..Ada perkembangan tentang Iqram?” Tanya Jasnina. Azian menundukkan kepalanya dan bersuara. “Belum.” Dengan nada yang sangat perlahan. Jasnina memalingkan muka dan mula menitiskan air mata.
  “Dear…bila u nak balik..I miss U…” Ronta hati Jasnina.

                Azian mengesat air mata Jasnina. “Dah la..Jangan nangis..Nanti Iqram balik la..” Kata Azian.
  “Tapi bila?? Saya rindu dia sangat..Saya tak boleh melalui hari-hari saya tanpa dia.” Kata Jasnina dengan nada suara yang sebak.
  Azian memeluk Jasnina dan berkata. “Nanti..kita kena yakin.” Sambil itu dia berfikir. “Abang….Sayang pun tak boleh hidup tanpa abang.”
                Abah sedang duduk mengadap mayat Afiqah. “Aku dapat rasakan ada yang cuba menggagalkan rencana aku ini! Cis! Aku tetap akan Berjaya!” Kata Abah. Abah mengambil sebaldi air dan membaca manteranya,kemudian di dalam air itu kelihatan Iqram sudah Berjaya merentas api yang besar itu dan dia sedang cuba bertahan di dalam udara yang sejuk pula. “Budak bedebah kau fikir kau mampu kalahkan aku?” Kata Abah. “Afiqah,tahukah kau cara paling mudah untuk hapuskan seseorang,kita perlu menghapuskan orang yang dicintainya.” Sambung Abah lagi. Abah membaca jampi serapahnya lagi.tetapi kali ini lebih panjang. Air tadi telah menunjukkan wajah Jasnina dan Azian. Abah ketawa terbahak-bahak. “Afiqah sayang,kau ada tugas baru.” Kata Abah dan sambung ketawa.

                “Jas,Saya minta diri dulu.” Kata Azian.
  “Hati-hati ye,Azian.” Kata Jasnina. Azian menganggukkan kepala dan membuka pintu bilik rawatan Jasnina. Mereka berdua terperanjat melihat Afiqah yang berbogel berada di belakang pintu itu. Afiqah menampar Azian hingga terhantuk ke dinding. Jasnina menjerit meminta tolong. Seorang jururawat bergegas mendapatkan Jasnina,tetapi malangnya Afiqah merobek dadanya. Jasnina terus menjerit. Afiqah mencekik Jasnina,dengan pantas Azian menubuk belakang mayat hidup itu. Afiqah menendang perut Azian hingga dia terpelanting ke atas katil. jasnina mencapai kerusi di sebelah katil dan memukul belakang Afiqah hingga kerusi itu pecah. Malangnya,ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada Afiqah. Puaka itu menarik rambut Jasnina dan melmbungnya ke tepi. Tiba-tiba dua das tembakan dilepaskan kepada Afiqah. “Tunku!” Azian menjerit.
  “Puteri Khatijah beritahu yang korang dalam bahaya.Jadi aku ke sini.” Kata Tunku. Tunku terus melepaskan tembakan kepada Afiqah. Tapi,kesan tembakan pada tubuh Afiqah pulih dalam sekelip mata. Akhirnya peluru pistol Tunku habis. Sarjan itu berlari ke arah Afiqah dan melepaskan tumbukan. Afiqah menangkap tangan Tunku dan menghumbannya ke dinding. Afiqah menuju ke arah Azian yang sedang memeluk Jasnina.  Tiba-tiba satu suara muncul.
  “Jangan ganggu diorang.!” Afiqah berpaling ke arah suara itu. Iqram sedang berdiri dihadapan mereka. Setelah seminggu menghilang,latihannya telah tamat. “Iqram!” Jasnina menjerit.
  “Afiqah! Lawan kau di sini.” Kata Iqram. Afiqah menerkam Iqram,tetapi lelaki itu ke tepi,kemudian mencengkam buah dada Afiqah dan melontarnya ke dinding. Sekali mayat itu menerkam Iqram. Kali ini Iqram hanya menahannya dengan sebelah tangan dan menendang perutnya. Afiqah terus menghilangkan diri.

                “Iqram…” jasnina bersuara tiba-tiba Azian berlari dan memeluk Iqram dan berkata. “Sayang rindu sangat kat abang.Mana abang pergi.?” Iqram tersentap dan memandang Jasnina. Jasnina memandang aksi Azian dengan wajah yang ingin menangis. “Abang?” Soal Jasnina. Tunku juga tercengang melihat Azian dan Iqram.
  “Honey…sebenarnya..” Belum sempat Iqram habis berkata,Adika muncul entah dari mana. Tunku dan Azian mengacukan pistol mereka.
  “Dia dengan aku.” Kata Iqram,
  “Berterus teranglah dengan kekasihmu Iqram.” Kata Adika. Iqram hanya menundukkan kepala.
  “Dear…apa ni?” Tanya Jasnina.
  “I…I terlanjur menyintai Azian…tapi I taknak kehilangan U.. I want both of U..”Kata Iqram tergagap-gagap. Jasnina menangis sambil memegang kepalanya dan pitam.  “JAS!” jerit Azian dan Iqram. Mereka berlari ke arah Jasnina dan mengangkatnya ke atas katil,kecuali Adika yang hanya melihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan