Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Permulaan


Inspektor Iqram seorang polis yang terbiasa dengan kehidupan yang bebas. Satu hari semasa dia sedang makan malam bersama kekasihnya,Jasnina, dia dihubungi oleh Sarjan Tunku. “Apa?” kata Iqram dengan muka terkejut. Iqram memandu keretanya menuju ke tempat Tunku. Setibanya dia di sana, “Tuan, nama mangsa ialah Afiqah. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah kereta Proton Saga berwarna biru.” Kata Sarjan Tunku. “Ada saksi?” Tanya Iqram dengan nada yang tegas. “Tiga orang tuan,termasuk suami mangsa,Wan” Jawab Tunku. “Saya nak bercakap dengan mereka.” Arah Iqram. “Baik,tuan.” Jawab Tunku. Tunku memanggil ketiga-tiga saksi. Saksi pertama ialah Reza.

  “Awak beritahu orang saya yang awak telah kejar suspek,betul?”Tanya Iqram.
  “Betul,encik.”jawab Reza
  “Cam wajah suspek?”Tanya Iqram.
  “Tak,encik! Hari terlalu gelap. Saya tak Nampak muka pemandu tu.”jawab reza.
  “plat nombor kereta?”Tanya Iqram.
  “CBS 6664”jawab Reza ringkas.
  “Terima kasih.”kata Iqram.

                Tunku memanggil saksi seterusnya,Saleh,yang juga mengejar suspek bersama Reza. Tapi malangnya Saleh juga memberikan jawapan yang sama dengan Reza. Akhirnya Tunku bawakan saksi terakhir, iaitu suami mangsa, Wan.

  “Jadi encik....”
  “Wan” jawab Wan ringkas.
  “Encik adalah suami mangsa?”Tanya Iqram.
  “Ya,saya.”jawab Wan.
  “Boleh ceritakan pada saya apa yang telah berlaku?”Tanya Iqram.
  Wan menceritakan pada Iqram “Saya dan keluarga dalam perjalanan ke Melaka,Kami berhenti disini untuk makan sebentar.Semasa ingin  menyambung perjalanan…..”

…Saya dan anak saya,Zarina,berjalan dihadapan,tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman dan serentak suara Afiqah menjerit. Saya dan Zarina pusing kebelakang dan melihat Afiqah terbaring di jalan dengan muka yang berlumuran darah. Saya dan Zarina berlari kearah Afiqah.
  “Celaka punya kereta.”Reza berkata dan bergegas kearah motosikalnya.
Saleh turut bersama mengejar kereta tersebut.
  “Kenapa Wan??Kenapa..?” kata Afiqah dan meninggal di tempat kejadian.
Beberapa minit kemudian,Reza dan Saleh balik semula di restoran ini.
  “Maaf encik,kami gagal kejar kereta itu”kata Saleh.
  “Itulah yang berlaku,inspector”kata Wan.
  “Terima kasih Encik Wan.Kalau ada apa-apa maklumat boleh hubungi saya.”kata Iqram sambil menghulurkan kadnya.
  “Baik inspector.Inspektor,tolong tangkap pembunuh isteri saya.”rayu Wan.
  “Pihak kami akan cuba yang terbaik.”kata Iqram dan beredar dari Wan.

Iqram bergerak ke arah Tunku dan berkata “Soal semua yang ada di sini.Mungkin ada saksi lain.”
“Baik,tuan” jawab tunku. Jenazah Afiqah dikebumikan pada keesokan harinya selepas solat Asar. Wan dan anaknya Zarina pulang dengan rasa sedih. Sementara itu, Iqram sedang bermadu asmara bersama Jasnina dan tiba-tiba dia mendapat panggilan yang mengejutkan. Kubur Afiqah berlubang dan mayatnya telah hilang. Iqram bergegas ke tempat kejadian. Sarjan Tunku dan detektif Azian telah berada di tempat kejadian.
  “Tuan,seorang saksi berkata dia terasa tanah seperti bergegar ketika dalam perjalanan ke surau dan jenazah Afiqah tiba-tiba keluar dari kubur.” Kata Azian.
Iqram memandang Azian dengan muka pelik,dahinya berkerut mendengar laporan tersebut.
  “Tuan,saya telah jumpa dua orang lagi saksi kejadian langgar lari tersebut.”tiba-tiba Tunku berkata.
  “Baiklah.Suruh diorang jumpa saya dekat pejabat esok.”kata Iqram.
Iqram memandang kubur Afiqah dengan penuh rasa hairan.

                Keesokkan harinya,dua orang lelaki hadirkan diri ke pejabat Iqram. Seorangnya adalah pemilik restoran di tempat kejadian dan seorang lagi pemandu lori yang lalu di situ.
  “Saya hanya ternampak kereta Naza Ria itu merempuh mangsa….”
  “Nanti! Naza?? Bukan Proton Saga?”Tanya Iqram.
  “Tuan inspector,saya mungkin tua,tapi bukan bodoh. Ia adalah sebuah kereta Naza Ria berwarna Merah.”kata pemilik restoran itu.
  “Merah?”Tanya Iqram.
  “Tuan,siapa saksi kejadian sebenarnya ni?saya ke tuan?”sindir pemilik restoran itu.
Pemandu lori itu juga melaporkan perkara yang sama. Iqram menjadi bingung. Tiba-tiba telefonnya berbunyi.
  “Hello”
  “Dear,you cakap nak lunch kat rumah i.”kata Jasnina yang menelefon
  “I busy la…I dinner je la dengan you,okay?”kata Iqram.
  “Hurm…okay la..”kata Jasnina.
Iqram menceritakan tentang laporan yang dibuat oleh kedua-dua saksi tadi kepada Tunku dan Azian.Kedua-dua polis memandang antara satu sama lain dengan wajah yang penuh kehairanan.

                Malam itu Iqram pergi ke rumah Jasnina untuk makan malam. Iqram mengetuk pintu rumahnya. Jasnina membuka pintu dan terkejut melihat wajah Iqram yang keletihan. Iqram masuk dan duduk di sofa di ruang tamu.
  “Kenapa ni dear?”Tanya Jasnina dan memeluk tubuh Iqram dari belakang. Payudaranya menghimpit belakang Iqram. Iqram menceritakan semua yang telah berlaku kepada Jasnina. “Sabar ye sayang..Kita dinner dulu.”Pujuk Jasnina sambil mengusap rambut Iqram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan