Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Mangsa seterusnya


Wan datang ke pejabat Iqram. “Inspektor,saya kena balik ke Kedah hari ni juga.” Kata Wan.
  “Taknak tunggu sampai mayat isteri encik di jumpai dulu ke?” Tanya Iqram.
  “Anak saya,Zarina dah nak mula kuliah lusa.Lagipun saya dengaq pembunuh isteri saya tu dah mati.” Jawab Wan. Iqram hanya menganggukkan kepala. “Bila dah jumpa mayat Afiqah nanti,boleh saya kebumikan dia di sebelah kubur suaminya.” Kata Wan.
  “Suami?” Tanya Iqram.
  “Maksud saya bekas suami.Afiqah dah pernah berkahwin sebelum dia menikahi saya.” Cerita Wan.
  “Jadi,Zarina tu anak tiri encik?” Tanya Iqram.
  “ya.” Jawab Wan.
  “Berapa umur encik?” Tanya Iqram.
  “30 tahun” jawab Wan.
  “Puan Afiqah,ketika menemui ajal?”
  “40” jawab Wan ringkas.
  “Zarina pula?” Tanya Iqram.
  “20.Inspektor,soalan-soalan ni untuk apa?” wan mulai hilang sabar.
  “Cuma ingin tahu.” Jawab Iqram. “Boleh saya tahu, kenapa Puan Afiqah berkata ‘kenapa Wan?? Kenapa..?’ sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.” Sambung Iqram.
  “Inspektor mengesyaki saya ka?” wan mula meninggi suara.
  “Ada saya cakap macam tu?” balas Iqram.
  “Saya tak tau!Nanti dah jumpa mayat dia,Tanya la sendiri.” Sindir Wan. Dia pun beredar dari situ.
Iqram memandang  Wan dengan pandangan yang tajam.

                Wan memandu kereta Tritonnya beredar dari balai polis Bukit Aman. Wan memandu melalui lorong yang penuh dengan pokok-pokok dan dedaun yang gugur,wajahnya begitu serius. Dia membelok ke kiri di satu lorong yang agak sempit dan memasuki kawasan perkampungan. Dia memberhentikan keretanya di sebelah sawah. Seorang petani tua yang sedang mengcangkul berkata tanpa berpaling ke arah Wan. “Usah kau risau,akan aku uruskan segalanya.”
  “Terima kasih,abah.” Jawab Wan.
  “Lain kali jangan bawa kereta kau ke sawah aku.” Sambung petani tua itu.
  “Awat,abah?” Tanya Wan.
  “Kereta mahal kau terlalu menonjol di sini.” Kata petani tua itu.
  “Baik,abah.” Kata Wan dan beredar dari situ.
Petani tua itu memandang kearah bukit dan berkata “Aneh,aku seperti ternampak orang disana.” Katanya dan masuk ke dalam rumah. Di atas bukit itu adalah Sarjan Tunku sedang meneropong. Tunku mencapai walkie-talkie di pinggangnya. Sementara itu Iqram sedang bermadu kasih bersama Jasnina di Taman Tasik Titiwangsa. Tiba-tiba walkie-talkienya berbunyi. “Rusa dah beredar.” Suara Tunku dari walkie-talkie itu.
  “Pulang ke Kedah?” Tanya Iqram.
  “Mungkin.Untuk pengetahuan tuan,rusa baru saja melawat ke sarang ular.” Kata Tunku.
  “Sarang ular?” Tanya Iqram hairan. Jasnina memandang Iqram dengan wajah yang ingin tahu.

                Sementara itu di Selangor, Saleh sedang memancing bersama kawannya. “Man,tolong la.Aku perlukan kerja tu.Aku nak bagi makan anak bini aku dengan apa nanti.” Kata Saleh.
  “Saleh,aku bukan taknak tolong kau,tapi kau ni SPM pun takde,kalau nak jadi tukang sapu tu boleh la.” Jawab Man.
Saleh bangun dengan muka yang marah. “Kau hina aku,Man?Macamni ke kawan?! Sial la kau!” kata Saleh dan beredar. Saleh menunggang motosikal EX5 nya dengan laju. Tiba-tiba Saleh ternampak kepulan asap didepannya. Muncul seorang perempuan yang separuh wajahnya hancur keluar dari kepulan asap itu. “Kau?!?” kata Saleh. Perempuan itu menghampiri Saleh dan merobek perut Saleh dengan tangannya. Tidak jauh dari situ,Man menyaksikan segala-galanya. Perempuan itu pun hilang. Di Bukit Aman, Azian berlari menuju ke pejabat Iqram. Buah dadanya bergoyang-goyang dari dalam bajunya. Azian membuka pintu pejabat Iqram. “Tuan,satu lagi mayat di jumpai.” Kata Azian. “Mari kita kesana.” Jawab Iqram. Mereka menaiki kereta Lancer milik PDRM dan terus menuju ke tempat kejadian.

                Sebaik sahaja tiba di sana, Iqram memeriksa mayat tersebut. “Ini Saleh.Salah seorang saksi kes langgar lari Afiqah.Tapi laporannya bercanggah.” Kata Iqram. “Apa yang dah berlaku?” Tanya Iqram pada Man.
  “Ada lembaga perempuan telah merobek perutnya encik.Betul-betul di depan mata saya.” Kata Man yang cuba menahan rasa takut. Iqram menjadi bingung,belum pernah dia menghadapi situasi seperti ini selama bertugas sebagai anggota polis. Sebagai seorang polis,dia cuba menolak tentang kewujudan makhluk halus,tetapi sebagai anak melayu,dia juga risau dan takut mendengar khabar berita itu.
  “Tuan,mungkin memang roh Afiqah yang kembali untuk membalas dendam.” Kata Azian.
Iqram hanya berdiam diri. Seminit kemudian barulah dia bersuara. “Kalau betul ini kerja roh Afiqah,mangsa seterusnya mungkin Wan atau Reza.” Azian memandang ke wajah Iqram. Wajah Iqram yang tampak serius membuatkn bulu roma Azian berdiri. “Kami akan ambil mayat mangsa untuk dibedah siasat.” Kata Iqram kepada Man. Man hanya menganggukkan kepalanya.

                Iqram dan Azian pulang ke ibu pejabat. Di sana Tunku sedang menantikan mereka. “Tuan!” kata Tunku dan member tabik hormat. “Sarjan,apa maksud awak dengan sarang ular tu?” Tanya Iqram.
  “Sarang ular?” azian hairan.
  “Begini tuan.Sebelum pulang ke Kedah,Wan telah berjumpa dengan seorang bomoh di sebuah kampong.” Beritahu Tunku.
  “Bomoh?” Iqram terkejut.
  “Ya,tuan.Orang kampong itu memanggil beliau,abah.Khabar angin mengatakan beliau adalah seorang bomoh yang handal.” Kata Tunku lagi.
Iqram terus mendiam. Wajahnya seperti memikirkan sesuatu. “Tuan!” tegur Azian dan sedikit menghimpit Iqram. Payudaranya terkena lengan Iqram. Iqram memandang ke arah buah dada Azian yang lembut. Azian mengundur selangkah dan wajahnya merah padam.
  “Mungkin memang pelanggaran Afiqah dirancang. Dan lembaga perempuan yang membunuh Saleh dan Jamal itu adalah jasad Afiqah yang di kawal oleh bomoh itu.” Kata Iqram.
  “Tuan pasti ke?” Tanya Tunku.
  “Mungkin.” Jawab Iqram ringkas.

                Bomoh yang di kenali sebagai abah itu keluar dari rumahnya dan terus menaiki lereng-lereng bukit. Sesekali dia memandang ke belakangnya dan terus berjalan. Dia melalui semak samun disitu dan memasuki sebuah gua. Dia menyalakan obor yang sudah di pacakkan di dinding gua itu. Di dalam gua itu terdapat sekujur mayat yang di kafan. Wajah mayat itu separuh hancur. “Sayangnya,kau bukan keturunan raja,kau hanyalah darah gundiknya.Tapi,kau tetap berguna untukku,Afiqah.” Kata abah. Mulutnya mula kumat-kamit membaca serapah. Kepulan asap tiba-tiba muncul dan seolah-olah memasuki tubuh Afiqah. Mayat yang tadinya kaku tiba-tiba bergerak dan berdiri di hadapan Abah. “Kau tahu tugasan pertama kau kan?” Tanya Abah. Afiqah menanggalkan kain kafan yang membaluti tubuhnya. Kini Afiqah telanjan bulat di depan Abah. “Tiada yang kurang pada kau.Kenapa laki kau yang bodoh tu sanggup korbankan kau?” kata Abah sambil ketawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan