Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Kematian Reza


sedang memandu menuju ke Ulu Klang,tiba-tiba “Ada sebab mengapa dia mati.” Satu suara misteri hadir di telinga Iqram. Iqram menghentikan keretanya. “Siapa?” Tanya Iqram tetapi tiada jawapan. “Suara tu….” Fikir Iqram. Suara misteri itu sama dengan suara lelaki berkuda yang dijumpai Iqram sebentar tadi. Iqram terus memandu keretanya menuju Ulu Klang. Semasa Iqram tiba di sana,telah ramai wartawan dan pihak polis di situ. “Tuan, ni Pak Ali.Dia saksi kejadian ni.” Kata Tunku.
  “Boleh Pak Ali ceritakan apa yang telah berlaku?” pinta Iqram.
  “Begini encik…….” Pak Ali menceritakan tentang hal itu kepada Iqram.

                …Masa itu saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja,tiba-tiba saya ternampak si mati jalan terhuyung-hayang. Rasanya mabuk. “Ish!! Budak zaman sekarang…Tak takut dosa langsung!” Rungut Pak Ali. Semasa saya melepasi dia tiba-tiba saya terdengar “Kau? Kaukan dah mati..Dilanggar kereta hingga muka kau hancur.” Jerit Reza dalam keadaan takut.  Sebaik Pak Ali menoleh,Pak Ali ternampak seorang perempuan cantik yang berbogel berdiri di depan Reza. “Astaga!” Pak Ali berkata. Perempuan itu kemudian melutut di hadapan Reza dan memasukkan kemaluan lelaki itu ke dalam mulutnya. Tiba-tiba “AARRGGHH!!”Reza menjerit dan rebah ke bumi. Perempuan itu berdiri semula dan mulutnya dipenuhi darah. Kemudian perempuan itu meludah kemaluan Reza dari dalam mulutnya…

                “…Itulah yang berlaku.” Tamat Pak Ali. Iqram dan Tunku menelan air liur dan wajah mereka menjadi pucat mendengar cerita Pak Ali. “Pak Ali, adakah wajah perempuan tu hancur di sebelah kiri?” Tanya Iqram.
  “Tak.Wajahnya cantik tetapi pucat seperti mayat.” Jawab Pak Ali.
  “Pelik! Sebelum ni semua saksi menceritakan wajah wanita yang hancur.” Fikir Iqram.
  “Tuan inspector.” Tegur Pak Ali.
  “Terima kasih,Pak Ali,kerana sudi bekerjasama.” Kata Iqram.
  “Sama-sama.” Jawab Pak Ali dan beredar. Iqram terus menyepi sambil memandang mayat Reza. “Tuan.Mungkin Azian betul.Memang roh Afiqah kembali untuk membalas dendam.” Kata Tunku.
  “Aku pun fikir macam tu.” Jawab Iqram. Iqram terus memikirkan tentang suara misteri itu. “Apa agaknya maksud suara itu.” Fikir Iqram.

                Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi. Iqram,Azian dan Tunku sedang melepak di Starbuck. “Ngerinya cara dia mati.” Kata Azian tentang kematian Reza. Tunku hanya berdiam diri dan menghirup kopinya. Iqram pula hanya termenung. Tiba-tiba Iqram bersuara “Mangsa seterusnya tentu Wan.”
  “Kenapa kau kata macam tu,Iqram?” Tanya Azian.
  “Aku sentiasa mengesyaki Wan terlibat dengan kematian isteri dia.” Jawab Iqram yang terus menundukkan kepalanya.
  “Kenapa?” Tanya Azian.
  “Pertama, sebelum Afiqah meninggal,dia berkata kepada Wan ‘Kenapa Wan? Kenapa..?’. Sebab yang kedua,untuk apa dia berjumpa dengan bomoh yang di panggil Abah tu.” Jelas Iqram.
  “Aku setuju dengan kau.” Balas Tunku. “Kita biarkan saja Afiqah bunuh dia,mesti takde lagi orang yang akan mati.” Sambung Tunku.
  “Takkan nak biarkan macam tu je?” Azian tidak bersetuju dengan cadangan itu.
  “Habis? Kau nak penjarakan orang yang dah mati?” soal Iqram.

                Abah masuk semula ke gua tempat mayat Afiqah di letakkan. Dia membaca manteranya lagi. Dengan serta-merta mayat yang bertelanjang itu berdiri. “Aku ada tugas baru untuk kau.” Kata Abah. Iqram berjalan bersama Jasnina tiba-tiba telefonnya berbunyi. “Ada apa Tunku?”
  “Ada lagi satu mayat di jumpai.” Jawab Tunku.
  “Mayat Wan ke?” Tanya Iqram.
  “Sangkaan kita salah.Bukan Wan mangsanya.” Jawab Tunku. Iqram terkejut mendengar kata-kata itu.Iqram bergegas ke tempat kejadian. “Tuan,nama mangsa ialah Tengku Hamdi.Cara kematiannya sama dengan Reza.” Lapor Tunku. Iqram memandang Tunku dengan wajah yang terkejut. “Saksinya adalah isteri mangsa,Puteri Zubaidah.” Kata Tunku sambil menunjukkan perempuan tua yang sedang di tenangkan oleh keluarganya. Iqram menuju ke arah Puteri Zubaidah. “Puan,jika tak keberatan,boleh saya tahu apa yang berlaku?” Tanya Iqram dengan nada tegas tetapi sopan.
  “Perempuan tu..Dia muncul bersama kepulan asap dan membunuh suami saya.” Jawab Zubaidah.
  “Perempuan tu tentu dari keturunan gundik!” seorang perempuan cantik dan seksi tiba-tiba mencelah.
  “Puan ni…”
  “Puteri Khatijah.Anak saudara mangsa.” Jawab wanita itu memotong cakap Iqram.
  “Darah gundik?” Tanya Iqram.
  “AH! Kau takkan faham.” Jawab Khatijah dengan nada bongkak. Iqram meninggalkan keluarga itu. “Dendam kesumat lama” sekali lagi suara misteri itu muncul. Kali ini Iqram mengeluarkan pistolnya dan diacu ke depannya yang tiada sesiapa. “Tuan!” tegur Tunku. Ketika itulah Iqram menyedari yang semua orang sedang memandangnya. “Kenapa ni,Tuan.” Tanya Tunku.
  “Takde apa.Mungkin saya terlalu letih.” jawab Iqram. “Sarjan.Uruskan selebihnya.” Arah Iqram.
  “Baik,tuan.” Jawab Tunku.

                Iqram tidak dapat berhenti memikirkan tentang suara misteri itu dan lelaki yang menunggang kuda itu. “Lawan kau kali ini bukanlah smbarangan orang.” Suara misteri itu muncul lagi. Iqram berasa marah lalu menjerit “Siapa kau? Keluarlah kalau kau berani! Sial!” Iqram menunggu pemilik suara itu muncul di hadapannya. “Belakangmu” suara itu muncul lagi. Serentak dengan itu Iqram pun memaling ke belakang. Lelaki yang berkuda itu sedang duduk diatas sofanya. Muka Iqram menjadi pucat. “Mengapa? Bukankah kau yang memanggilku?” soal lelaki itu.
  “Kenapa kau selalu ganggu aku?” Tanya Iqram.
  “Kerana kau keturunan Penghuni Langit.Keturunan Pemanah Petir!” jawab lelaki itu.
  “Habis?” Soal Iqram lagi.
  “Jadi,aku perlu melindungimu dan kau perlu berhati-hati.” Kata lelaki itu dan terus menghilang.
  “Nanti! Aku tak faham!” jerit Iqram.

                Azian sedang menyabun tubuhnya yang gebu. Selesai menyabun badannya,Azian membilas badannya dengan air dan mengelap badannya dengan tuala. Tiba-tiba Azian terdengar telefon bimbitnya berdering dari luar bilik mandi. Azian membalut tubuhnya dengan tuala pendek yang penutup paras puting payu daranya hingga ke paras peha. Azian menjawab panggilan telefon tersebut. “Oh,Tunku..Apahal?” Tanya Azian.
  “Yan,satu lagi mayat dijumpai.Tolong bagitahu Iqram sekali.” kata Tunku.
  “Kenapa kau tak bagitahu dia sendiri?” Tanya Azian.
  “Aku call dia dekat 5 kali, Tak jawab pun.” jelas Tunku.
  “ya lah. Nanti aku bagitahu dia.” kata Azian.
  “Thank you sayang.” usik Tunku.
  “Gatal!” Kata Azian sambil ketawa kecil dan menutup meletak telefonnya. Azian nai kebiliknya. Dia memakai seluar dalam berwarna merah jambu serta membalut payu daranya yang gebu dengan coli merah jambu. Dia memakai jeans ketat yang menampakkan punggung mulusnya dan t-shirt biru yang ketat dan menampakkan susuk tubuhnya yang seksi. Azian mengambil telefon bimbitnya dan menekan nombor. “Hello.Iqram.Ada berita buruk..”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan