Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Pengkhianatan


Raja Aqram memberitahu Teratai kelemahan abangnya. “Saktinya Kakanda Salman terletak pada ubun-ubun rambutnya.” Kata Raja Aqram
  “Ertinya?” Soal Teratai.
  “Setiap kali Kakanda Salman mencukur rambut,rambutnya akan di tanam. Kerna jika tidak,Baginda akan menjadi lemah dan tidak kebal lagi.” Kata Raja Aqram.
Malam itu Teratai memujuk Sultan Salman untuk mencukur rambutnya. Selepas habis-habis dipujuk,Sultan Salman pun setuju. Teratai member alasan akan menanam rambut Sultan Salman tetapi rambut itu dibakarnya. Kemudian,Teratai menyampaikan berita kepada Belanda untuk menyerang Tanah Melayu. Sebaik sahaja Sultan Salman tahu Belanda menyerang,baginda bergegas ke medan perang dengan rambut yang baru lepas di cukur dan tanpa Adika yang akan membuat perisai untuk baginda. Baginda tewas di tangan Belanda. Baginda di tahan. Seorang peguam yang sering berpegang kepada janji berjumpa Baginda dan berjanji akan membantu beginda dari di jatuhkan hukuman bunuh. Nama peguam itu ialah Van Der Kock. “Bagaimana kau akan membantuku?” Tanya baginda.
  “Tuanku boleh terus hidup dengan di jatuhi hukuman buang negeri.” Kata Van Der Kock.
  “Buang? Cis! Aku lebih rela mati.” Kata Baginda.
Van Der Kock akur dengan keputusa baginda. Baginda di jatuhkan hukuman tembak mati. Tetapi sebaik sahaja ditembak, peluru senapang itu tidak dapat menembusi tubuh baginda. Walaupun ditembak hamper sepuluh kali. Seorang tentera Belanda member arahan untuk mencukur rambut baginda. Sekali lagi rambut baginda dicukur. Tiba-tiba baginda meminta untuk berjumpa Van Der Kock. “Kau seorang yang berpegang pada janjimu bukan?” Tanya Baginda Sultan Salman.
  “Benar.”Jawab Van Der Kock.
  “Beta tak mahu ditembak,sebaliknya ditanam hidup-hidup.” Kata Sultan Salman.
  “Tapi,tuanku akan lebih tersiksa begitu.” Kata Van Der Kock.
  “Aku menuntut janjimu.” Kata Sultan Salman.
Van Der Kock memandang ke arah tentera di situ. “Apa lagi?Kamu dengar apa tuanku katakana.”
Sultan Salman yang baru di cukur rambutnya itu ditanam hidup-hidup. Beberapa tentera di arah mengawasi kuburnya. Seorang utusan mengadap Sultan Aqram untuk menyampai berita itu. Mendengar berita itu,Sultan Aqram menjadi marah. “Tidak! Tembak saja dia!Mengapa di tanam?”Kata Aqram.
  “Mengapa Aqram?”Tanya Teratai yang kini gundik Sultan Aqram.
  “Roh-roh mereka yang telah mati sangat menginginkan rambut atau ubun-ubun Salman.Kerna untuk elak dari diratah cacing.sebagai ganti mereka akan turunkan ilmu mereka kepada Salman.Salman pasti belum mati.” balas Sultan Aqram. Memang benar Salman telah keluar dari kuburnya pada malam itu. Semua tentera yang mengawasi kuburnya di bunuh.

                “Bukankah Salman ditanam tanpa senjata?Bagaimana dia mampu bunuh semua tentera itu? Tanya Iqram seperti tidak percaya.
  “Kerana semasa di dalam kubur,roh-roh mereka yang telah mati menghampiri kepalanya yang telah dicukur untuk menyerap kesaktiannya bagi mengelak dari diratah cacing.Ketika itulah mereka menurunkan ilmu kepadanya.” Jawab Aki.
  “AH! Lawak apa ni?” Fikir Iqram tetapi dia tidak berani bersuara kerana dia pernah berkata begitu suatu ketika dulu semasa atuknya menceritakan sejarah Pemanah Petir keluarganya. Atuknya menjadi marah dan berkata. “Jangan berani berkata begitu tentang sejarah keluarga kita!”
Tiba-tiba Aki bersuara. “Ilmu batin ni memang rumit,Iqram. Tapi kita mesti mempercayai benda ghaib ni. Lainlah jika kamu fikir peluru mampu membunuh hantu itu.” Iqram langsung tidak bersuara. Khatijah mengisi semula cawan Iqram yang telah kosong. Semasa menuang the ke cawan,buah dada Khatijah terkena lengan Iqram. Iqram menjeling ke arah payu dara Khatijah yang besar dan lembut. Selesai Khatijah menuang air,Iqram berkata. “Terima kasih.”
  “Terima kasih untuk apa?” Kata Aki sambil memandang Iqram dengan muka sinis. “ Baiklah….” Sambung Aki.

                Sultan Aqram dan Teratai sudah tahu tentang Salman. Mereka ingin melarikan diri tetapi Salman sudah berada di hadapan mereka. “Sanggup kalian mengkhianati aku!” Kata Salman.
  “Kerna kau tidak mahu mengangkat Putera Nilam sebagai pewarismu!” Jawab Teratai.
  “Pengkhianat! Nyah kau ke neraka.” Jerit Salman. Tiba-tiba satu api misteri muncul dan membakar tubuh Teratai hingga menjadi abu. “Ampunkan adinda.Rasa cinta Adinda pada Teratai telah menguasai diri.” Rayu Aqram yang ketakutan.
  “Semua ini salahku.”Kata Salman. “Aku telah mengkhianati amanatmu.” Sambungnya.
  “Maksud kakanda?” Soal Aqram.
  “Kau amanatkanku untuk meminang Teratai untukmu,tetapi aku menikahinya.” Jawab Salman.
  “Tidak mengapa.Sudah kulupakan hal itu.”Jawab Aqram.
  “Sebelum ayahanda pergi,dia amanatkan kita supaya menjaga maruah keluarga.” Kata Salman. Aqram hanya menganggukkan kepala.
  “Kedudukan kita sudah tercemar. Kesalahanmu harus dihukum.” Kata Salman.
  “Aku rela dihukum.” Kata Aqram tetapi tubuhnya mula menggigil. Dia teringat akan Adika yang dibakar hidup-hidup dan Teratai yang dibakar api misteri. Entah apa pula hukuman buatnya.
  “Kamu dihukum buang negeri.” Kata Salman. Aqram berasa terhina dengan hukuman itu,tetapi dia lebih takut mati.Jadi,dia terima hukuman yang telah dijatuhkan. “Bersama kesemua 39 pengikutmu.” Sambung Salman.
Aqram dan 39 pengikutnya beredar dari tanah itu.

                Semasa Salman merantau,dia sampai di sebuah kampong. Disitu dia terdengar orang kampong bercerita tentang 40 orang penyamun yang sering mencuri dan merogol gadis-gadis disitu. Kemudian,Salman terlihat seorang gadis dirogol bergilir-gilir oleh 40 orang. Alangkah terkejutnya Salman apabila mendapati mereka ialah Aqram dan 39 pengikutnya. “Manusia jijik!” Salman mengherdik.
  “Sudahlah pemalas,perompak mencuri pula!”Sambungnya.
  “ampunkan adinda.” Rayu Aqram sambil melutut.
  “Monyet!” kata Salman.
Aqram dan 39 pengikutnya menjadi monyet serta-merta. Itulah legenda monyet di Kampung Bukit Merah.

                “Monyet Kampung Bkt. Merah?” Iqram seperti terperanjat.
  “Pernah melawat mereka.?”Tanya Aki.
  “Cuma mendengar cerita dari kawan yang ternampak monyet-monyet itu meratah tubuh Afiqah.” Kata Iqram.
Khatijah dan Aki seperti terkejut. “Astaga..” Aki berkata.
  “Jadi monyet-monyet itu adalah jelmaan Aqram dan pengikutnya?” Kata Iqram.
  “Ya” Balas Aki pendek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan