Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Puteri Khatijah


Iqram,ada seorang yang ingin berkongsi maklumat tentang kes Afiqah ni.” Kata Azian.
  “Siapa?” Soal Iqram ringkas.
  “Puteri Khatijah.” Jwab Azian.
  “Oh,anak saudara Tengku Hamdi yang sombong tu?” Tanya Iqram.
 “Yup.Tapi dia Cuma nak sampaikan maklumat tu pada kau je.” Balas Azian.
  “Kenapa aku pula?” Soal Iqram.
  “Itu aku tak tahu.” Jawab Azian.
Sebaik sahaja tiba di ibu pejabat, Iqram membuka pintu untuk Azian. Azian pun turun dari kereta. Semasa turun dari kereta,payu dara Azian terkena lengan Iqram. Iqram memandang wajah Azian. Azian pula memandang terus kemata  Iqram. Jantung mereka berdetak dengan laju. Azian menghampiri wajah Iqram dan mengucup bibir lelaki itu. Iqram memeluk pinggang Azian dan gadi itu memeluk sekeliling leher Iqram. Tangan Iqram meramas punggung Azian yang lembut. Kucupan yang gelojoh dan penuh nafsu pun bermula. Lidah merek saling brlaga dan membelit satu sama lain seperti belut sedang mengawan. Tiba-tiba Iqram mengundurkan dirinya. “Kita…kita tak boleh macam ni,yan.Aku dah ada Jasnina.” kata Iqram
  “Hurm..aku faham.” Jawab Azian dengan nada sedikit kecewa tetapi cuba untuk senyum.
  “Pergilah siapkan kerja kau.” Kata Iqram.
  “Nampaknya aku kena kerja sendiri la hari ni.” Kata Azian yang cuba melupakan tentang kucupan berahinya tadi.
  “Sendiri?Mana Tunku?” Tanya Iqram.
  “Kan hari ni dia bertunang.” Jelas Azian.
  “Oh,ya. Aku terlupa.” Jawab Iqram.
  “Oklah.Aku masuk pejabat dulu.” Kata Azian dan beredar. Iqram memandang punggung Azian yang di ramasnya tadi dan berfikir “Kalau aku belum ada Jasnina,tentu aku dah bawa kau ke hotel.”

                Iqram tiba di rumah Puteri Khatijah yang ingin berkongsi maklumat dengannya. Iqram menekan loceng yang terletak di sebelah kiri. Seorang wanita Indonesia membuka pintu. “Masuklah.Nengnya lagi siap di kamar.” kata wanita itu. Iqram masuk ke dalam rumah yang besar itu. “Sila duduk,pak.” Kata wanita Indonesia itu.
  “Terima kasih.” Balas Iqram. Iqram duduk di atas sofa yang mahal itu. Puteri Khatijah pun turun dari atas.
  “Dah lama tunggu inspector?” Tanya Khatijah.
  “Baru je,puan.” Jawab Iqram. Wanita Indonesia tadi membawa minuman.
  “Ada apa puan nak jumpa saya?” Tanya Iqram.
  “Maklumat tentang kes Afiqah dan darah gundik” Jelas Khatijah.
  “Boleh kita mulakan?” Tanya Iqram.
  “Kita tunggu Aki saya dulu.” Kata Puteri Khatijah.
  “Dia kat mana?” Tanya Iqram.
  “Bertapa.Tapi dia janji akan balik secepat mungkin. sejam dua lagi sampai la.” Jawab Khatijah.
  “Boleh ke bawa telefon masa bertapa.” Tanya Iqram.
  “Siapa cakap telefon? Cuma panggilan cara batin.” Jawab Khatijah. Iqram hanya berdiam diri. Dia tidak suka menunngu tapi dia perlukan setiap maklumat yang ada tentang misteri Afiqah ini. Iqram memandang gambar seorang remaja lelaki. “Gambar siapa tu,puan?” Tanya Iqram.
  “Tak payah berpuan dengan saya. Panggil saja Tijah. Itu anak saya,Awal.” Jwab Khatijah.
  “Oh,dimana dia?” Tanya Iqram.
  “Sekolah Teknik Alor Star.” Jawab Khatijah sambil memberikan senyuman.
  “Oh.Suami Tijah pula.?” Tanya Iqram.
  “Dia dah lama meninggal.Dah 3 tahun saya menjanda.” Kata Khatijah.
  “Maafkan saya.” Kata Iqram.
  “Takpe.Saya ada juga terfikir nak khawin lagi,tapi saya tahu,bagi Awal Cuma arwah seorang saja ayahnya.Sebab tu saya buat keputusan tak akan khawin lagi.” Kata Khatijah.
Iqram memandang ke arah dada Khatijah. “Kenapa tak mahu khawin?Tijah masih cantik,masih muda.” kata Iqram.
  “Inspektor ni,malu saya.” Kata Khatijah malu-malu. “Kenapa nak malu?” satu suara tiba-tiba muncul dari sebelah Iqram. Iqram memusing ke sebelah kanannya. Ada seorang lelaki telah berusia ada disebelahnya yang tadi tiada sesiapa. Iqram lantas bangun kerana terkejut.  “Aki!” Tegur Khatijah dengan mesra. “Inspektor,Aki saya ni tinggi ilmunya.” Sambung Khatijah.
Iqram menghulurkan tangannya. “Iqram.”
Tangan Iqram disambut mesra oleh lelaki tua itu. “Panggil saja Aki.”
  “Datang sini dengan apa?Tunggang penyapu terbang atau guni?” Tanya Iqram.
  “Penyapu terbang tu adat ahli sihir barat. Guni pula cara ilmuan dari sesetengah negeri. Iqram orang mana?” Kata Aki.
  “Saya orang Perak.” Jawab Iqram.
  “Bukan calang-calang orang tahu tentang guni yang dijadikan kenderaan.Biasa tengok ke?” Aki menanya.
  “Cuma kebetulan.” Jawab Iqram. Iqram teringat ketika usianya 9 tahun.

                Atuknya masuk ke dalam guni. “Iqram!Pegang guni ni.Tutup.Jangan lepas sampai tok suruh.Faham.” kata atuknya.
  “Ya tok.Iqram memegang guni itu dan mengurung atuknya di dalam guni itu. Iqram terkejut apabila atuknya di dalam guni itu tiba-tiba ghaib. Iqram melepaskan guni itu. Tiba-tiba dia terdengar suara atuknya. “Aku kata jangan lepas!” Iqram memegang guni itu kembali. Dia tekad tak akan lepaskan guni itu. Tiba-tiba atuknya muncul semula dalam guni. “Oi!Buka la! Kau nak bunuh aku ke?” Jerit atuknya.

                “Inspektor!” Teguran Khatijah menyedarkan Iqram kembali. “Maafkan saya.” Kata Iqram. “Apa yang Aki nak bagitahu pasal…..darah gundik?” Soal Iqram.
 Aki mula bercerita. Dulu di sini ada sebuah istana di atas bukit. Ketika itu Malaysia masih di gelar Tanah Melayu. Istana itu milik Sultan Dastan. Baginda mempunyai dua orang putera. Putera Salman dan Putera Aqram. Baginda yang semakin berusia tahu,baginda tahu masanya akan tiba tetapi baginda tidak tahu siapa diantara dua puteranya yang layak mengambil alih takhtanya. Kerana Putera Salman seorang yang suka berperang. Dia sering sibuk mengetuai tenteranya. Putera Aqram pula seorang yang lemah-lembut.Pendiriannya cepat goyah. Akhirnya memilih Putera Salman dan mangkat. Kini,Putera Salman di panggil Sultan Salman. Bagaimanapun,apabila baginda keluar berperang atau ke tanah jajahannya, Raja Muda Aqramlah yang mengambil tugas sebagai Sultan. Di kampong itu ada seorang gadis yang cantik yang menjadi perhatian semua jejaka. Nama gadis itu adalah,Teratai. Raja Aqram telah terpikat pada Teratai,tetapi baginda terlalu malu untuk mendekati gadis itu. Sebaik sahaja Sultan Salman pulang ke istana,Raja Aqram mengadapnya. “Kakanda,adinda ada sesuatu yang ingin di pinta kepada kakanda.” Kata Raja Aqram.
  “Adinda Aqram,dikau adalah satu-satunya adindaku.Katakanlah apa yang kau mahu.” Kata Sultan Salman.
  “Adinda mahu kakanda meminang seorang gadis bernama Teratai untuk diriku.” Kata Raja Aqram.
  “Akan kutunaikan keinginanmu adindaku.” Kata Sultan Salman.
Salman pun pergi berjumpa dengan keluarga Teratai. Sebaik sahaja Sultan Salma memandang keindahan Teratai,dia terlupa akan kasih sayangnya kepada adiknya. Sultan Salman telah meminang Teratai untuk menjadi Permaisuri ke duanya. Sultan Salman berasa bersalah kepada Raja Aqram,Baginda cuba memujuk adiknya. “Kakanda meminang teratai kerana kakanda risau,Permaisuriku hanya melahirkan seorang puteri. Aku perlukan putera untuk memerintah Negeri kita ini kelak.” Pujuk Sultan Salman.
  “Tidak mengapa,adinda mengerti.” Kata Raja Aqram cuba menahan air mata.
  “Kakanda telah meminang seorang gadis yang tidak kurang cantiknya untuk dirimu.” Kata Sultan Salman.
  “Siapa?” Tanya Raja Aqram.
  “Cempaka.Adik Tabib kita,Adika.” Kata Sultan Salman.

                “Nanti!Apa kaitan dengan kes Afiqah ni?” Soal Iqram memotong cerita Aki.
  “Sabar.Kau akan tahu kelak.” Jawab Aki.
  “Mana Aki tahu kisah ini?” Soal Iqram lagi.
  “Sama ada Iqram nak percaya atau tidak,terpulanglah. Tapi Aki dari keturunan Sultan Salman.” Jawab Aki. “Boleh Aki sambung ceritanya?” Soal Aki. Iqram hanya menganggukkan kepalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan