Halaman

Translate

Rabu, 27 Jun 2012

Afiqah: Merentasi Masa


Lalu Teratai pun diangkat menjadi Permaisuri ke dua Sultan Salman. Raja Aqram pula sering menjaga Teratai dari jauh. Seperti biasa, Sultan Salman sering keluar berperang bersama bala tenteranya dan Tabibnya,Adika. Adikalah orang yang sering menyediakan perisai untuk baginda. Adika adalah seorang Tabib yang setia pada rajanya dan mempunyai ilmu batin yang tinggi. Teratai tahu suami terlalu inginkan seorang putera,macam-macam yang Teratai ikhtiarkan. AkHirnya Teratai bersalinkan seorang putera yang diberi nama Putera Nilam. Tetapi permaisuri pertama baginda juga mendapat seorang putera pada masa yang sama dan diberi nama Putera Bima. Sultan Salman telah bertitah “Putera Bimalah yang akan mengambil alih takhta beta kelak.” Hati Teratai hancur mendengarnya. Air mata Teratai menitis di pipinya. Raja Aqram melihat keadaan Teratai dan berasa marah dengan abangnya.

                Rasa marah Teratai sudah menguasai dirinya. Ketika Baginda Sultan tiada,Teratai telah meniduri dua orang pengawal istana itu. Nafsunya dapat di puaskan tetapi tidak hatinya yang terluka. Satu hari baginda telah pergi ke tanah jajahannya tetapi kali ini tanpa Adika bersama. Teratai mula menggoda Adika.Adika cuba menolak tetapi Teratai menarik Adika ke kamarnya. Raja Aqram melihat kejadian itu dari tempat biasa dia melihat kekasih hatinya. Teratai mnanggalkan pakaiannya di depan Adika. Adika mengalihkan pandangannya dan berkata “Apa yang cuba kau lakukan.” Soal Adika.
  “Aku akan izinkan kau menyetubuhiku.Tetapi kau harus memberi tahuku kelemahan suamiku.” Kata Teratai.
  “Cis! Kau adalah gundik Baginda! Tak seharusnya kau berkelakuan seperti perempuan murah!” Kata Adika dan menghulurkan pakaian Teratai. “Pakailah semula pakaianmu.Aku tidak menginginkanmu.” Kata Adika. Tiba-tiba Sultan Salman masuk ke kamar dan terkejut melihat Teratai telanjang di hadapan Adika. Teratai terus merampas pakaiannya dari tangan Adika dan berkata. “Biadap! Kau fikir tubuhku untuk tatapanmu ya! Tubuhku hanya untuk baginda.” Jerit Teratai. Adika Hanya berdiam diri.
  “Benarkan kau menatap permaisuri Beta?” Soal Sultan Salman.
Raja Aqram masuk ke kamar dan berkata. “Kesalahanmu tidak dapat diampunkan! Kau harus dihukum,Adika!” Katanya.
  “Ampunkan patik,tuanku.Patik sedia menghadapi hukuman.” Kata Adika. Adika dihukum bakar hidup-hidup. Aduka sedikit pun tidak menunjukkan rasa sakit. Tetapi dia menitiskan air mata di saat memandang wajah isterinya yang sarat mengandung ketika itu. Akhirnya Adika dibakar menjadi abu.

                “Tetapi ada juga yang kata Adika tiba-tiba ghaib.” Khatijah mencelah.
  “Ghaib?” Iqram hairan.
 “Apabila seseorang itu mencapai ilmu batin sehingga tahap tertinggi.Dia mampu ghaib kea lam lain.” kata Aki dan terus menyambung ceritanya.

                Teratai tahu yang Raja Aqram menyimpan perasaan kepadanya. Kali ini dia cuba menggoda Raja Aqram. “Tahukan kau betapa aku menyintai dirimu.” Kata Teratai.
  “Jika benar,mengapa kau terima lamaran abangku?” Tanya Raja Aqram.
  “Siapalah diriku untuk menolak lamaran seorang Sultan.Aku tidak mahu dikata mendderhaka.” Kata Teratai.
  “Benar juga.” Fikir Raja Aqram. “Tapi mengapa semudah itu kau membawa Adika ke kamarmu.Seorang lelaki yang bukan siapa-siapa denganmu?”Soal Raja Aqram lagi.
  “Tahukan kau aku membayangimu setiap kali aku bersetubuh dengan mana-mana lelaki.” Balas Teratai. Raja Aqram mula termakan dengan godaan Teratai.
  “Mengapa nasib kita begini?Aku juga sering membayangkanmu ketika menyetubuhi  Cempaka.” Kata Raja Aqram.
Mereka saling berkucupan. “Aqram.Jika boleh,aku ingin tahu kelemahan Salman?” Kata Teratai.
  “Nanti kita bincangkan.Aku sudah tidak mampu menahan lagi.” Kata Raja Aqram.
  “Iyalah.” Kata teratai. Raja Aqram menindih Teratai dan menyetubuhi menggebu-gebu.

                “Kotor!” Khatijah memotong cerita. “Mengebu-gebu! Cakap apa tu?” Sambungnya lagi. “Sudahlah. lebih baik tijah tolong bibik di dapur.” Kata Khatijah lagi dan beredar ke dapur.
  “Boleh Aki sambung cerita.?” Tanya Aki. Iqram menganggukkan kepalanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan